Benda nie berulang lagi . aku sendiri memulakannya . ya allah
. kenapa begini ? kenapa mesti bergaduh sebegini rupa , sehingga neraka
tempatku keluar dimulut ibu yang melahirkan aku itu . ya allah . besar benar
dosa ku pada nya . sehingga dia sendiri sanggup mengeluarkan kenyataan itu .
Sedih dihati sememangnya tak terkata laa . tapi air mata ini
tetap tidak mengalir . mengapa ? hati aku sudah sebu . rasa nak luahkan pada
seseorang , tapi tidak tahu pada siapakah luahan ini diterima .
Ya allah besar sungguh dosa ku sehingga neraka tempat ku .
bagaimana kesudahannya nie . aku mengambil keputusan nak balik shah alam .
tetapi lusa kami sekeluarga akan pulang ke kampung halaman . perlukah aku balik
shah alam atau pun balik ke kampung bersama mereka ?
Ya allah dilema dilema . benarlah kata abah . kami berdua
memang tidak boleh duduk satu bumbung melebihi seminggu . perkara ini pasti
akan berlaku . ya allah . sumpahan apakah yang telah aku terima ini . mengapa
begini ? dari dahulu lagi ?
Aku sudah cuba tahan dan tak menjawab . tapi mengapa akhirnya
pasti akan begaduh besar bila aku tidak menjawab ? ya allah jika benar neraka
jahanam itu tempat ku . bagaimanakah aku ingin pergi kesana ? hati ku tak
sanggup . ya allah . ampun kan laa hambamu ini .
Ampunkan lah juga dosa ibu bapa ku ya allah . mereka tidak
bersalah dalam mendidik ku . aku yang bersalah kerana elah terpesong jauh dari
sisimu ya allah . sungguh berat dugaanmu pada hambamu ini . tabah kah aku ?
Ya allah ampunilah keturunan aku sekiranya benar kami terkena
sumpahan . mengapa begini jadinya hubungan kekeluargaan kami ? mengapa berat
benar bebanannya yang mahu aku pikul . ya allah . perit hati ini .
Sesungguhnya ya allah . aku hamba yang lemah menerima segala
dugaan mu ya allah . ampuni laa kami ya allah . ampunilah aku ya allah . sebak
didada bila memikirkannya kerana masalah ini tidak pernah berakhir dari dahulu
.
Ada benarnya takdirku belajar di shah alam kerana ia bagi
merapatkan hubungan kami kerana kami tidak boleh berada berdekatan . ya allah .
aku bersyukor kerana ini memang benar takdir yang telah kau beri . terima kasih
ya allah .
Buangkanlah perasaan jahat dalam hatiku ya allah ~
No comments:
Post a Comment